~AwaNa BukIT TinGGi NeW YeaRs SpECial~

Indianapolis MotoGP


14 september 2008, bermulanya sejarah baru dalam kamus kejuaraan motoGP apabila selepas 99 tahun kejuaraan penuh prestige itu kembali dibawa ke litar terkemuka ini.
Litar yang terkenal sebelum ini untuk perlumbaan 4 roda seperti indi car, F1 dan Daytona kini menyajikan pula perlumbaan jentera beroda 2.dan detik itu telah berlangsung dengan perbagai drama hebat.

litar ini telah diubahsuai untuk digunakan bagi perlumbaan moto gp, menawarkan corak perlumbaan yang menjanjikan cabaran yang tidak pernah dirasakan oleh kebanyakkan pelumba sebelum ini.

Telah berlangsungnya perlumbaan moto gp semalam dalam keadaan penuh dramatik.
Casey stoner memulakan saingan dengan amat bagus sekali apabila membuat hole shot dan berada pada kedudukan terhadapan, dipintas pleh divianso dan kemudian hayden menguasai perlumbaan namun rossi mengejar dan seperti biasa menyerang hayden dengan serangan pisikologi sehingga beberapa kali hayden telah kehilangan fokus, kesempatan itu diambil oleh rosi untuk memintas hayden,
jentera hayden dilihat amat pantas pada perlumbaan ini, jentera repsol honda ini dilengkapi dengan engin yang menggunakan peumatic valve, kredit harus juga diberikan pada cara tunggangan hayden yang mengalami kecederaan pada pergelangan kaki, beliau dilihat masih menggunakan tongkat untuk memudahkan pergerakan. semangat yang sama ditunjukkan oleh ramai pelumba handalan.. dalam perlumbaan ini dapat dilihat kembali gerakan klasik rossi. cukup menghiburkan.

dibelakang hayden, lorenzo kembali garang selepas mengalami kecederaan serius dahulu.. beliau mengukuhkan kedudukan pada tempat ke3 dalam perlumbaan ini, dan dilihat amat konsisten

perlumbaan ini ditamatkan lebih awal. masih ada 7 pusingan lagi berbaki apa bila red flag dikibarkan, keadaan litar yang sepertinya mahu dilanda ribut itu membahayakan pelumba, tambahan pula hujan turun dengan begitu lebat...

walaupun perlumbaan kali ini tidak menyajikan hidangan aksi-aksi hebat. ia masih memuaskan hati ramai peminat perlumbaan moto GP..

keputusan rasmi podium
1-Velentino Rossi (46)
2- Nicky Hayden ( 69)
3-Jorge Lorenzo  ( 48)

No comments: