~AwaNa BukIT TinGGi NeW YeaRs SpECial~

2008 Awana last ride (Dedikasi pada kawan-kawan)

2008 Awana last ride (Dedikasi pada kawan-kawan)


2008 Dec 2008, Ahad minggu terakhir bagi tahun 2008. Seperti yang telah aku janjikan pada rakan-rakan, kali ini aku akan turut serta untuk bersama untuk Awana last ride of 2008, penutup ride untuk tahun 2008.

Terlalu lambat sekali masa berlalu sebelum menjelmanya esok hari, malam itu entah berapa kali aku terjaga dari tidur, kembali aku memaksa diri untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Rehat yang cukup terlalu penting untuk ride begini. Terleka atau tersalah perkiraan amat buruk sekali akibatnya.

Pagi itu akhirnya menjelma jua. Seawal 7.30 pagi aku telah siap sedia.. sekali lagi aku harus lakukan pemeriksaan pada jentera ku, aku tidak mahu terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku, kerana telah terlalu lama bercuti dari aktiviti ini, aku harus lebih teliti kali ini, bukan tidak aku periksa jentera malam tadi, namun aku harus lakukannya sekali lagi, bimbang jika ada yang terlepas pandang,
Selesai sarapan aku mengenakan racing suit yang sudah agak lama tergantung , kilatkan kembali helmet yang terlalu banyak berjasa sementara menunggu epi datang, semalam berjanji dengan nya untuk bergerak ke tempat berkumpul seawal mungkin. Dan akhirnya lebih kurang jam 8.30 pagi kami sama-sama bertolak ke check point pertama… aku harapkan semua kawan-kawan rapat ku ada hari ini..

Sesampainya aku di tempat yang biasanya menjadi tempat berkumpul itu , sedikit perasaan hampa bila belum ada seorang pun kawanx2 aku kelihatan. Yang ada Cuma 2 biji superbike, dan untuk memujuk hati aku katakan pada diri sendiri “ ah! mereka mungkin masih belum sampai lagi agaknya.” Tidak lama kemudian muncul sebuah FZI, ini kali pertama aku bertemu dgn nya dan selepas berkenalan kami hanya duduk bersembang sebelum munculnya Amir kips tidak lama kemudian. Kali ini amir membawa berita yang amat meghampakan aku, MatSP, maus dan kawan-kawan lain tidak dapat bersama kali ini, kesempatan cuti yang agak panjang ini mereka gunakan untuk bercuti di kampung. Sedikit hampa kerana kali ini aku tidak dapat mengubat rindu pada gurau senda dan telatah mereka. Sudah lebih 3 bulan aku tidak bersama mereka.

Sedikit terubat perasaan hampa itu bila segerombolan group superbiker yang kebiasaannya berkumpul di satu lagi check point melintasi kami, dalam hat imerasa amat teruja kerana agak ramai juga biker yang aku jangkakan naik ke awana pada hari ini.. pastinya suasana di HARD ROCK CAFÉ PAGI AHAD nanti meriah.

Gelagat menceriakan pagi itu dimulakan oleh Haji Dwen, beliau sampai ke check point kami menunggang sebuah Ducati 1098 berwarna kelabu. Terhibur dengan gelagat Haji pagi itu membuatkan semua rider kembali bersemangat semula. Dan tidak lama selepas itu group superbiker tadi memulakan ride mereka bersama-sama group Haji Dwen. Kami masih menunggu rakan-rakan yang lain dan akhirnya mengambil keputusan bergerak tanpa menuggu yang lain, kebetulan saat itu satu lagi group sampai dan kami bergerak bersama-sama.

Kami kini memasuki stage pertama. Ulu Yam Dam – batang kali, stage ini terkenal dengan selekoh sempitnya, dengan hanya satu lorong untuk setiap hala, penunggang perlu menumukan perhatian dan bersikap lebih rasional disini. Mudah sekali untuk melakukan kesilapan disini dan itu yang terlalu mahu dielakkan oleh rider.Dan tak lama selepas itu, apa yang paling tidak kami kehendaki berlaku,
Aku sedang mengambil selekoh kanan ketika itu, keadaan jalan yang sedikit chamber kedalam memberi sedikit keyakinan bahawa tayar akan mempunyai lebih grip, dengan yakin aku membuka trotle lebih awal, namun apabilasampai ke bucu selekoh aku terlihat tayar motor didalam longkang, lebih merisaukan apabila terlihat kelibat seseorang didalam longkang tersebut.sertamerta aku perlahankan motosikal, manum momentum motosikal itu hanya membolehkan aku berhenti pada jarak lebih kurang 75 meter kehadapan, penunggangx2 dihadapan masih belum menyedari kejadian tersebut.

Aku berlari mendapatkan rakan tadi, cuba menenangkannya dan cuba membawa dia keluar dari longkang, rakan-rakan lain masih belum tiba. Dan selepas membaringkannya di tebing tepi longkang, aku bertanya keadaannya, dia masih dalam keadaan terkejut namun masih sedar. Selepas itu aku berlari pula ke awal selekoh tadi, member isyarat kecemasan dan berharap rakan-rakan dibelakang segera sampai ke tempat kejadiaan untuk memberi bantuan. Selepas rakan-rakan dibelakang tiba. Tugas memberi isyarat kecemasan bertukar tangan, risaux2 jika ada group lain yang menunggang laju dan merempuh kami. Tambahan pulu kereta-kereta amat laju disitu.

Kembali semula kepada tempat kejadian tadi, motosikal telah dikeluarkan, dan mungkin sesuatu terjadi dibelakang, penunggangx2 dihadapan tadi berpatah semula. Kami mengambil keputusan untuk memanggil ambulan, namun sebuah kereta berhenti menghulur bantuan, mangsa dibawa ke hospital selayang, sementara aku , Amir dan Epi menguruskan motosikal mangsa untuk disimpan ditempat selamat, kumpulan yang lain menyambung perjalanan ke Awana.

Selesai meyimpan motosikal mangsa. Kami meneruskan perjalanan, kami akan bertemu semula dengan mangsa apabila kami selesai ride hari itu. Hampa bila ride yang sepatutnya meriah tercemar dengan kemalangan tersebut.

Menyedari sudah terlewat untuk menyertai rakan –rakan diawana, aku terus menunggang meninggalkan Epi dan Amir, dan aku akan menunggu mereka di check point 2.sebelum meneruskan perjalanan ke Awana. Amir mungkin telah kehilangan mood akibat kejadiaan tadi, mungkin dia lebih berhati-hati kali ini, dan Epi pula menghadapai sedikit masalah mekanikal pada motosikalnya. Mungkin telah agak lama tidak melakukan aktiviti ini, aku mengambil keputusan untuk menunggang sekeras mungkin namun lebih berhati-hati . perasaan ketika itu bolehlah diibartkan seperti kana-kanak mendapat permainan yang diidamkan sekian lama. Girang setiap kali meluru laju kedalam selekoh. Namun keselamatan lebih diutamakan, kemahuaan diri perlu dibatasi dengan rasional tindakan.

Menunggu mereka di checkpoint 2 agak membosankan, sebentar tadi group superbiker yang berhenti sebentar di check point tersebut meneruskan ride mereka, aku masih lagi menunggu Epi dan Amir, dan bila mereka tiba di persimpangan jalan aku memberikan isyarat supaya mereka tidak berhenti dan meneruskan saja ride ke distinasi berikutnya, sebenarnya kami sudah terlalu lewat untuk berhenti. Kerana rakan-rakan yang berada di check point 3 mungkin ramai yang telah meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi.

Ketika dalam perjalanan ke Awana, Amir berada dibelakang aku, selalunya kami jarang mengacah satu sama lain, kerana laluan ini sedikit bahaya, hanya bila kami mula mendaki ke Awana kami sedikit nakal, memintas satu sama lain , walaupun tidak senakal biasa namun kami pastikan bahawa jarak kami tidak terlalu jauh . ini untuk memudahkan kami member sebarang bantuaan bilamana berlaku sesuatu kepada rakan-rakan lain. Namun tiba-tiba terdengar deruman enjin dibelakang, aku menoleh dan dibelakang aku sebuah Ferrari F430 mengekori , dihadapan kenderaan masih banyak dan menyukarkan aku memotong, dan apabila f430 tersebu memintas aliran kenderaan yang panjang itu sekali lagi aku menoleh untuk memastikan tiada kenderaan mengekorinya, aku ambil kesempatan ini untuk berada dibelakangnya, memintas deretan kenderaan yang panjang tadi. Namun kemudian terdengar lagi deruaan enjin . aku masuk semula ke belakang kenderaan lain, member laluan kepada supercar-supercar lain memintas.beberapa biji Ferrari dan sebuah Subaru impreza memintas motosikal berkuasa kecil aku. Sampai disatu selekoh kesemua kenderaan tadi terpaksa bergerak perlahan kerana sebuah kereta dihadapan dipandu terlalu perlahan.. aku mengambil kesempatan sekali lagi untuk membebaskan diri dari kesesakan tersebut.

Dan kenangan paling manis berlaku bilaku mula mendaki keAwana, aku menjadi amat nakal seumpama kanak-kanak, aku tidak mahu melepaskan peluang ini, dihadapan kini beberapa biji Ferrari yang tersangkut kini memintas aku, jalan pula agak lenggang kerana kesesakan dibelakang tadi, aku mengekori supercar tadi, bermain-main dibelakangnya, mungkin mereka juga nakal atau juga sporting untuk membiarkan aku mengekori dan bermain-main dengan mereka. Peluang yang tak aka nada sesiapa akan lepaskan, namun apabila terdengar deruaan enjin terlalu hampir dibelakang, aku terpaksa memberi ruang dan membenarkan mereka memintas aku. Itu harus kerana keselamatan aku dan mereka perlu diutamakan. Terlalu bahaya untuk aku berdegil dan tidak membenarkan mereka memintasbeberapa biji Ferrari dan porches menjadi teman bermain pagi itu. Mereka terlalu sporting membiarkan aku berhibur bersama mereka , tidak pernah mereka membunyikan hon bila aku berada dihadapan mereka. Mereka cuma mengekori dan memintas bila berada dalam keadaan selamat.

Aku menjadi nakal dan gembira bila mereka melayan aku. Terubat kehampaan hari itu. Beberapa biji Ferrari , porshe putih dengan stripe biru, lomborghini orange dan sebuah Subaru impreza putih jadi pelayan kerenah nakal ku. Sepanjang pengalaman aku tidak kiralah bermain bersama group supercar atau superbike. Mereka ini selalunya amat sporting kepada kami, walaupun kami Cuma menunggang motosikal berkuasa kecil. atau mungkin mereka juga merasa terhibur bila bermain-main bersama kami. Mungkin juga kerana minat kami yang serupa, walaupun jentera dan cara pengendalian yang amat berbeza.

Aku amat hampa bila tiba di selekoh balai polis gahtong, tiada kelibat rakan-rakan photographer disana. Maka sudah pasti tiada gambar aksi penutup tahun 2008 untuk aku pada tahun ini, sedangkan aku telah berjanji pada rakan – rakan diforum bahawa aku akan bersama untuk ride ini, hanya di Awana barulah aku berpeluang bertemu mereka.
Memang telah dijangkakan bahawa kami terlalu lewat pagi 28 dec itu. Di HARD ROCK CAFÉ PAGI AHAD, ramai yang telah turun. Cuma tinggal beberapa orang saja lagi. Selepas kami bertiga sampai, bersalaman dengan beberapa orang rider, kami terus berehat dan menghilangkan dahaga, kami tidak dapat berbual lama, Cuma menceritakan sebab-sebab kami terlewat kepada yang bertanya.

Kami bingkas bangun untuk meneruskan ride hari itu, diluar kelibat rider telah tiada, sebentar tadi mereka telah pun turun.. Cuma yang tinggal beberapa orang fotographer yang aku kenali di forum sedang “menembak” beberapa gambar sifu photographer TazDevil bersama R1 hitamnya,
Selepas bertegur sapa dan berbual sebentar, kami bertiga berserta dengan seorang rakan lain yang menunggang Yamaha R1 tanpa membuang masa terus turun menyusuri laluan Awana – genting sepah, kerana tangki masih penuh dan dirasakan tidak perlu untuk berhenti mengisi bahan bakar, Kami tidak berhenti di check point4. Malah meneruskan perjalanan terus ke Bukit tinggi. Kami tidak mahu terlewat untuk bersama rakan-rakan.

Berhenti sebentar di check point 5 untuk menunggu rakan-rakan dibelakang, kami terus saja menyusuri jalan baru bukit tinggi, jalan agak lenggang dan ini memberikan lebih kelebihan untuk meningkatkan kelajuan. Namun tumpuan harus diberikan semaksima mungkin, tambahan aku sendiri agak lama bercuti, ini memerlukan aku lebih peka kepada keadaan jalan, bimbang-bimbang terdapat pasir, minyak atau objek yang merbahaya diatas jalan.

Sesampainya kami di bukit tinggi , kami bertemu dengan 2 kumpulan rider lain sedang berehat, kami berhenti sebentar dan bertegur sapa.kemudian kami teruskan perjalanan di tempat kebiasaannya kami berkumpul berhampiran taman arnab. Berehat sebentar menghilangkan lelah.

Rider R1 bergerak lebih awal , ada perkara yang harus diselesaikan segera olehnya, kini Cuma tinggal aku, Amir Kips dan epie. Ketidakhadiran Mat Sp, Maus, serta beberapa orang rakan – rakan rapat lain amat terasa, tidak lama selepas itu kami mengambil keputusan untuk turun.. melalui jalan lama yang kini telah dibuka semula, pemilihan jalan itu simboliknya mengakhiri ride untuk tahun 2008.
Aku mengepalai epie dan Amir Kips, bergerak menuruni bukit tinggi melalui jalan lama, selang beberapa minit kemudian aku di pintas kembali oleh epie, kini dia mengambil kedudukan paling hadapan. Aku menghadapi masalah dengan brek depan dan memaksa aku untuk membrek awal setiap kali mahu memasuki selekoh – selekoh sempit disini, kerana jalan agak sibuk tambahan pula dengan keadaan jalan yang sempit serta benyak sekali selekoh buta. Aku mengambil keputusan untuk bertindak lebih rasional, bagi aku lebih baik aku akhiri ride kali ini dengan selamat, keselamatan dan nyawa itu terlalu penting.. malah terlalu berharga. Amir mengekori dari belakang , tidak memberikan saingan seperti selalunya, mungkin dia juga berpendapat tiada gunanya untuk cuba membahayakan rider lain. Selekoh demi selekoh kami susuri sehinggalah sampai kembali ke pondok guard bukit tinggi. Kami tidak berhenti seperti kebiasaan, lantas meneruskan perjalanan terus ke genting sepah.

Persediaan dan pemeriksaan motosikal telah dilakukan sebelum ride bermula lagi, namun, mungkin ada saja masalah teknikal yang membelenggu, aku menghadapi masalah bila tabung penyeyap ekjos motosikal aku kehilangan 2 skrew. Kini Cuma ada 1 skrew yang menghalang nya dari jatuh, aku terganggu dari segi mentaliti dan tumpuan kerana terpaksa kerap memastikan penyeyap itu tidak tertanggal, boot sebelah kiri pula telah terkopak pada bahagian hadapannya. Ini menyebab kan aku sukar untuk meletakkan kaki pada footpage setiap kali mahu mengiring ke kanan. Tambahan pula keadaan itu menyebab kan proses menukar gear menjadi amat sukar.. aku kini tidak dapat menunggang selancar awal tadi.perasaan sedikit hampa membelenggu . genting depah sudah hamper, kami akan berhenti melepaskan lelah dan dahaga sebentar, sambil-sambil bercerita dan bertukar –tukar gambar yang diambil sepanjang perjalanan.
Kami menghabiskan masa agak lama digenting sepah, bercerita, bergurau senda dan bertukar –tukar gambar. Biasanya Mat Sp yang paling sibuk membuat analisis ride seperti hari – hari sebelumnya. Maus pula akan sibuk bertanya banyak perkara, Khayal Gtr dan Chiko pula akan menceriakan suasana. Ketiadaan mereka sedikit sebanyak menyebabkan keadaan sedikit tidak seceria biasa.

Kami bertiga mengisi minyak sebentar dipump minyak petronas. Meneruskan perjalanan ke Gombak sebelum ke hospital selayang untuk menguruskan hal-hal berkaitan kawan yang terjatuh awal tadi, walau bagaimana pun kami harus pastikan dia selamat pulang ke rumah. Itu janji kami kepadanya.

Kami tiba ke hospital selayang lebih kurang jam 3 ptg.sedang kami tercari-cari rakan tadi , kelihatan seseorang menunggang motosikalnya, mungkin rakan tadi menghubungi rakan nya supaya dapat menguruskan perihal motosikalnya, sekurang-kurangnya kami kini lega mengetahui motosikal rakan tadi telah berada dalam tanggungjawab kawan-kawannya. Sementara dia menghampiri kami, 2 orang lagi rakannya sampai menaiki sebuah kereta. Kami bertegur sapa dan menunggu rakan tadi keluar dari jabatan kecemasan, dan lebih mengejutkan kerana, dia terpaksa menunggu giliran, Cuma diberi suntikan sebelum rawatan lanjut diberikan, keadaan di hospital Selayang agak sibuk hari itu. Berbual-bual bersama mereka, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang, kerana hari telah jauh petang.

Lebih kurang jam 5 petang, aku sampai kerumah, berehat dan mengenang kembali semua ride untuk tahun 2008.
Sepanjang ride tahun 2008 , bermacam suka duka, sedih tawa didalamnya, berbagai peristiwa dilalui, terlalu banyak perkara dipelajari dan difahami. Dan awana last ride 2008 ini bagaikan cukup hambar, kerana bila perkara tidak diingini terjadi, ia akan mencalar ride sepanjang hari, dan satu perkara yang aku cukup fahami, Cuma ride kali ini membuatkan aku lebih pasti.

Ride bukan sekadar ride, ia satu jenis komunikasi, komunikasi yang Cuma kami fahami, bila deruaan enjin berbunyi, liok lentok badan menari selusuri setiap selekoh, ia memang satu jenis komunikasi. Tapi takkan pernah orang lain fahami. Hanya kami.
Bila kami bersaing antara satu sama lain, ia menunjukkan menunjuk kemahiran diri, ia senda gurauan, kerana kami saling memahami, dalam serius di riak muka kami, perasaan dalam hati seakan menari, berhibur dengan cara tersendiri . kadang-kadang mengacah dan kadang kadang laluan diberi, disitu kani pelajari tolenrasi, tak kan pernah orang lain fahami.

Ride sepanjang tahun,takkan bermakna bila bersendiri, hilang seri bila rakan-rakan bersama kami, kerana kami pelajari erti persahabatan sejati. Kerana apa yang aku pelajari dan fahami.. masih sama dari dulu sehingga kini. Erti persahabatan antara kami . terlalu mendalam dan tersendiri..

Dedikasi aku pada rakan-rakan dan idola. Sifu Haji Dwen, Abg Pian (Sifu red rider), Sifu Zul R1,Abg suzy kuning suit rossi..Capt Nik,sifu Tazdevil, Sifu Arshad,Abg Rahim, Sifu MatSp, Sifu IS, Amir Kips, Mei FX, Maus, Along13, khayal GTR, Chiko GTR, Bard TZM,C.Ross ,Mophelious, Tengku Eris, GShock, Airwind,Epie (Ultroman Taro 17 ),Idham CB4,Pomenkriss,Red,Sham ZX10R,Jelan, Ajai LC putih, Noone, 2-stoke machine, The Death,MABB dan ramai lagi rider awana dan k.klawangyang aku tak pernah ingat nama.

Dan Al-fatihah untuk rakan-rakan yang telah pergi dulu pulang meghadap pencipta, Allahyarham Haji K5, Allahyarham Dik Wan, Allahyarham RahMan dan Allahyarham Dr Bend, kenangan bersama kelian tidak mungkin hilang, semoga roh kalian dicucuri rahmat-Amin.


Spark78-Dec 2008

On-line road Tax renewal

huh.. kalu malas sangat nak g renew roadtax skrg.. klik jer la kat komputer... senang kan..... nah link...
myeg/

hah.. cuba la yek.. zaman sekarang dah zaman on-line dah.. semua berada di depan jari.. just kita harus bijak gunakan....

Dirt Bike @ Motocross – Hobi baru aku

Kalau difikir – fikir kembali, begitu banyak sukan pemotoran yang berkaitan dengan motor.. motoracing.,endurance,supermoto,supercross, motocross,dirt bike, trial bike,stunting, dan berbagai jenis lagi.
Dari segi teknikal nye.. setiap jenis sukan ini adalah amat berbeza sekali pendekatannya, dari segi casis, talaan engine, posisi menunggang dan cara pemakaian juga amat berbeza..
Mungkin pada tahun-tahun 70-an motosikal jenis scrambler amat diminati sebelum mereka mula 1beralih arah pada motosikal jenis super sekitar tahun-tahun tersebut. Lihat saja film AZURA lakonan Jamal Abdillah.. scrambler zekali lagi menjadi pilihan.. begitu juga film lakonan Faizal Hussien.
Tak lama dahulu .. sukan bermotor motocross hebat melanda Malaysia.. hasil usaha seorang pengemar sukan bermotor yang bernama kamal Hassan kalau tak silap aku.. akhirnya sukan itu tenggelam begitu saja…mungkin kerana kurang sokongan dari pihak berwajib..yang tidak Nampak langsung bahawa sukan bermotor ini jika dipupuk dan diuruskan dengan baik dapat memberi kesan yang besar dalam menghapus budaya rempit….. mereka sebenarnya lebih selesa meprovokasikan masalah ini ..
Secara peribadinya aku telah lama cuba untuk turut serta dalam sukan bermotor jenis ini, tetapi tidaklah secara serius .. Cuma bagi aku ia sedikit sebanyak dapat memperbaiki teknik menunggang.. lihat saja pada Suhaidi.. pelumba muda yang pernah satu masa dahulu menjuarai kejohanan petronas cub prix Malaysia.. beliau bermula dangan bermain motocross.. atau Gaban yang begitu sinonim dengan sukan ini.. tak lupa pula nick hayden yang dinobatkan sebagai juara MotoGP 2006.. juga bermula dari sukan ini…

Maka bagi aku..sukan ini mempunyai signifikasi yang tersendiri dalam mempertingkatkan teknik menunggang..
Jentera untuk sukan ini amat berlainan sekali dari segi posisi menunggang.. tayar dan kekuatan tork… aku mungkin baru dan masih belum mampu lagi untuk aktif sepenuhnya.. tapi pengalaman hari ini sedikit sebanyak amat member kesan untuk aku teruskan hobi ini…
Boleh dikatakan hobi ini berkait penuh dengan teknik kawalan pendikit.. klac ,brek , kedudukan badan dan posisi hendal..pada aku ia lebih kepada teknik mengawal kelinciran … dan memang itu yang terlalu ingin aku pelajari.. kerana minat aku yang lebih kepada sukan motoracing ini amat membantu dalam mengawal motosikal.. serta memperbaiki banyak teknik menunggang sedia ada.
Tambahan pula.. bagi aku.. apa jua jenis sukan bermotor…. Ia adalah sukan yang amat bagus sekali…