~AwaNa BukIT TinGGi NeW YeaRs SpECial~

A-Style Motegi MotoGP


Rossi membuktikan bahawa beliau adalah pelumba motosikal terhebat alaf ini apabila secara rasminya ditabalkan sebagai juara motoGp musim 2008,


Untuk kali keenam beliau ditabalkan sebagai juara sedunia bagi perlumbaan paling berprestij itu, dimana beliau juga adalah satu-satunya pelumba yang telah memenangi 4 class berbeza untuk perlumbaan moto gp. dan untuk tahun 2008 lapan ini, secara rasminya beliau telah memenangi 8 kejuaraan, 6 bagi kelas premium itu. bagi kelas paling hebat itu rossi telah merangkul kejuaraan pada 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, kehilangan gelaran juara pada 2006 kepada nicky hayden akibat dari masalah tayar yang tidak mampu diatasi, dan pada tahun 2007 juga belaiu menerima nasib yang sama danegan berbagai masalah menimpa, lebih malang apabila beliau tewas pada casey stoner yang dilihat tika itu sebagai seorang pelumba mentah. dan pada tahun ini, setelah bergelut dengan berbagai kesukaran, beliau merebut semula tahta nya.

Perlumbaan moto gp di motegi ini bolehlah dianggap hebat, apabila pada permulaan perlumbaan yang berlangsung dengan hebat itu  Dani, Casey dan Rossi seakan-akan melekat antara satu sama lain, mereka menunggang dengan begitu pantas sekali, meninggalkan pelumba-pelumba lain dibelakang, 

Rossi kekal dibelakang casey seolah -oleh hendak bermain dengan serangan pisikologi namun Casey yang sudah paham dengan cara Rossi tidak mudah dipermainkan, Casey masih fokus dan berjaya memintas Dani  dihadapan. namun Rossi masih mahu melekat dibelakang Casey, dan sebentar kemudian. mereka meninggalkan Dani dibelakang, mereka berdua masih lagi leka bermain bersama. cuba demi cubaan dibuat, dilihat bukan sekadar mahu berada dikedudukan hadapan, malah jika mampu mahu lawan terkeluar dari saingan,

dibelakang, Dani yang ditinggalkan kini diserang pula oleh Lorenzo, bak seorang wira,Lorenzo yang kali in mencuri perhatian dengan watak kartun LupinIII 'The gantelmen thief' pada motosikalnya menyerang Dani habis-habisan, mencari peluang dan ruang untuk memintas Dani, namun, jelas dapat dilihat jentera Dani yang menggunakan pnumatic valve pada perlumbaan ini dilihatl begitu bertenaga tambahan lagi dengan tayar brigestone yang kini menggantikan michelin, menjadikan Dani seorang saingan yang bukan mudah untuk ditundukkan, pernah satu ketika Lorenzo mendapat peluang, namun Dani lebih dulu bertindak balas , hingga hampir-hampir membuat Lorenzo terjatuh

perlumbaan ini amat menarik, dengan aksi-aksi hebat , mendebarkan dan menghiburkan

memetik katax2 rossi pada sidang media, 
"perlumbaan kali ini seperti satu seni menunggamag dan satu seni untuk memotong, ia begitu hebat"

Astyle Motegi motoGP Result

1- Valentino Rossi -46

2-CAsey Stoner     -27

3-Dani Pedrosa     -26

How To Lepering ( Basic Course)


Credit for Mahaguru redrider:

 

basic dia sblm masuk kona pastikan pengunaan brek dan gear yg sesuai dah selesai. bila dah mula turunkan moto,
bukak trotel tu pelan2. bila sudut kona tu dah makin kurang (moto dh mula nak tegak), 
baru le bukak trotel semaksimumnya. heheh... ni hangpa sume pon tau, betul tak?

tapi kalau nak kona laju yg amat sgt mcm mahaguru sifu is, arshad dan kurt : 
1. kena tau dan serasi dgn keadaan permukaan jalan dan kona dlm kepala sekurang2nya 3 kona di dpn.
2. guna gear serendah yg hangpa serasi ngan moto. 
3. kepit tangki masa brek, lembutkan bahu, pegang handle lembut tapi kemas. kepala tengok halatuju / exit kona, bukan meter atau tayar dpn moto sindiri atau moto sifu is, kurt atau arshad.
4. jatuhkan bahu ke posisi kona, pungkoq alih ke seblh dlm kona, julur lutut (ha, baru ada gaya mcm racer heheh)
5. pijak footpeg dgn hujung kasut seblh dlm kona, kaki belah luar kona sangkut tumit kasut kat footpeg.
6. kalu kona kanan, jgn tekan footpeg kanan, tapi tekan dgn kemas footpeg kiri.
7. utk kona turun bkt, alih badan ke blkg sikit utk kurangkan load tyr depan masa brek dan memecut.

kalau moto cam 125z tu payah nak agak, tapi yg jenis ada tank tu agak2 jaraknya satu kotak rokok dari tank ke teloq hangpa.

 kalau hang dok sondol teloq hang kt tank masa brek dan kona kene ajas2 la ye.
berapa cepat hang pas ni dlm kona bergantung pada berapa cepat hang tutup brek, bukak trotel semaksimumya.
kecepatan utk alih badan-turun moto-alih badan pon penting. lagi cepat boleh rebah-bangun motor lagi laju la hangpa.

line masuk kona pon penting. cari line yg plg cepat utk kita potong kona tanpa perlu baring lama2. 
lagi lama dan lagi rendah hang leper lagi slow le. 

tapi pastikan kalu hang mkn jalan dlm kona konpem takde kete, 
nampak 3-4 kona di depan dan tak bahayakan kengkawan kalau kena pancung masuk lane balik. 
ingat kengkawan kita dan sifu tu yg kita nak main. jgn terpancung sifu sendiri dah le. hehehe.

kalau masuk kona terlalu laju, tap brek dpn lembut dan pelan. pada masa sama jgn tutup trotel.
tutup trotel + tap brek dpn mmg konpem moto bangun dan tuju straight ke divider, kete, lori... syurga (insya'allah.)jgn panik, sedia utk rebahkan lagi moto. yg ni payah sikit, teorinya lagi kuat hang tap brek dpn, lagi byk trotel kena bukak. pandai2 la hangpa carik balance nya. kalau kona kanan, tekan kuat sikit footpeg kiri. jgn tengok dpn, tengok exit kona... sambil beristighafar byk2.

moto yg nisbah lebar tayar dpn dan blkg besar mcm sbk (120 dpn 180 /190 blkg vs 80 dpn 90 blkg kt kapcai)ada kelebihan kt sini. tayar blkg lebar jadi kita guna kelebihan grip yg ada berbanding tayar dpn.

 jika rider ada skil motocross, 
guna brek blkg dan counter-steering serta bukaan trotel yg betul boleh menyelamatkannya dari overshot. teknik brek blkg susah nak mahirkan sbb tu mahaguru is rekomen pakai brek dpn. jgn lawan ckp mahaguru tu... 

teknik diatas lebih kpd teknk menunggang sbk. sbk ni berat dan kuasanya sgt kuat.
tapi asasnya boleh dipakai kt apa2 jenis moto pon termasuk la skuter atau easy rider. 
moto ringan mcm tzm, nsr, zx1, lebih forgiving semasa hangpa buat gila dlm kona dan terovershoot. 

elok latih teknik ni pelan2. jgn nak laju terus mcm mahaguru is dan kurt. 
ingat keluarga dan org tersayang. berhati2 dan jgn push limit moto atau skil hangpa atas jlnraya. tak berbaloi.

 

senang nak buat rujukan.  


Indianapolis MotoGP


14 september 2008, bermulanya sejarah baru dalam kamus kejuaraan motoGP apabila selepas 99 tahun kejuaraan penuh prestige itu kembali dibawa ke litar terkemuka ini.
Litar yang terkenal sebelum ini untuk perlumbaan 4 roda seperti indi car, F1 dan Daytona kini menyajikan pula perlumbaan jentera beroda 2.dan detik itu telah berlangsung dengan perbagai drama hebat.

litar ini telah diubahsuai untuk digunakan bagi perlumbaan moto gp, menawarkan corak perlumbaan yang menjanjikan cabaran yang tidak pernah dirasakan oleh kebanyakkan pelumba sebelum ini.

Telah berlangsungnya perlumbaan moto gp semalam dalam keadaan penuh dramatik.
Casey stoner memulakan saingan dengan amat bagus sekali apabila membuat hole shot dan berada pada kedudukan terhadapan, dipintas pleh divianso dan kemudian hayden menguasai perlumbaan namun rossi mengejar dan seperti biasa menyerang hayden dengan serangan pisikologi sehingga beberapa kali hayden telah kehilangan fokus, kesempatan itu diambil oleh rosi untuk memintas hayden,
jentera hayden dilihat amat pantas pada perlumbaan ini, jentera repsol honda ini dilengkapi dengan engin yang menggunakan peumatic valve, kredit harus juga diberikan pada cara tunggangan hayden yang mengalami kecederaan pada pergelangan kaki, beliau dilihat masih menggunakan tongkat untuk memudahkan pergerakan. semangat yang sama ditunjukkan oleh ramai pelumba handalan.. dalam perlumbaan ini dapat dilihat kembali gerakan klasik rossi. cukup menghiburkan.

dibelakang hayden, lorenzo kembali garang selepas mengalami kecederaan serius dahulu.. beliau mengukuhkan kedudukan pada tempat ke3 dalam perlumbaan ini, dan dilihat amat konsisten

perlumbaan ini ditamatkan lebih awal. masih ada 7 pusingan lagi berbaki apa bila red flag dikibarkan, keadaan litar yang sepertinya mahu dilanda ribut itu membahayakan pelumba, tambahan pula hujan turun dengan begitu lebat...

walaupun perlumbaan kali ini tidak menyajikan hidangan aksi-aksi hebat. ia masih memuaskan hati ramai peminat perlumbaan moto GP..

keputusan rasmi podium
1-Velentino Rossi (46)
2- Nicky Hayden ( 69)
3-Jorge Lorenzo  ( 48)

2009 Honda CBR1000RR


Awal kemunculannya, Model Hebat dari honda ini mendapat sedikit kritikan daripada rekabentuk yang agak berlainan dari model-model CBR yang pernah dikeluarkan, banyak pembaharuan dilakukan dan rekabentuk ini dilihat sebagai bayangan jentera MotoGp honda, 
dengan penstailan yang lebih ringkas ia suatu ketika dahulu menjadi bahan bualan ramai.

Model baru ini juga dirasakan agak langsing berbanding versi terdahulu,model ini juga membawa beberapa perubahan yang tidak dijangkakan, ekzos  tidak lagi diletakkan dibawah ekor, membolehkan reka bentuk ekor diperhalusi dan menjadi kebih kemas dan langsing.

Sementara itu kemampuan jentera juga telah dipertingkatkan, banyak teknologi terkini dibawa bersama.


2009 NeW YaMahA R1


Setelah memperkenalkan Edisi khas yamaha R1 pada tahun ini bersempena genapnya 10 tahun yamaha R1 berada diatas jalan raya, yamaha motor maju setapak lagi dengan memperkenalkan model terbaru motosikal berkuasa tinggi ini, kali ini banyak sekali penaiktarafan dilakukan,bolehlah dikatakan ia setapak lagi lebih hampir kepada model kejuaraan MotoGp iaitu M1.

Dengan sesaran engin 998 cc. yamaha R1 memang dikenali sebagai motosikal yang amat pantas lincah dan bertenaga di litar-litar lumba, ia seringkali dijadikan sebagai motosikal pilihan ramai .mungkin kerana ia antara yang mempunyai berat yang ringan tambahan dengan sesaran yang besar, ia menjadi pilihan ramai kaki -kali leper di segenap pelusuk dunia.

Berbalik kepada model terbaru dari yamaha ini, sesaran engin suntikan bahan api ini masih juga pada 998 cc dengan format inline four dilengkapi dengan crossplane crankshaft,  uneven firing interval pada 270º - 180º - 90º - 180º. inovasi rekaan baru ini memastikan respon throttle yang lebih  linear, memberikan penunggang kepekaan respone terus dari pendikit ke tayar belakang. ini mungkin dari teknologi kawalan berkomputer pada sistem pendikit motosikal ini 

Dengan format baru Big Bang ini , engin terasa lebih lembut dan mengeluarkan bunyi yang lebih lembut dari sebelumnya, mampu menjana 182 PS pada 12,500 rpm dan  115.5 Nm  torque pada 10,000 rpm, bukankah itu yang anda mahukan.
Engine ini sememangnya diasaskan dari teknologi perlumbaan MotoGpm ia dilihat sebagai penjana kuasa termaju pada sebuah motosikal kategori Supersport

Dilihat kepada rekebentuk terbaru motosikal ini, anda pasti mempunyai pendapat masing-masing, mungkin ada yang gemarkannya, malah ada juga yang mungkin menjangkakan lebih dari itu, apa pun bagi saya ia agak kemas, dengan saiz yang tidak terlalu besar ( seolah -olah dalam kelas 600cc) ia sudah pasti menjadi pilihan terbaik bagi kaki -kaki leper, saingan terdekat buat masa ini hanyalah Honda CBR1000RR yang juga mempunya reka bentuk yang kemas dan tidak terlalu maskulin seperti model-model terdahulu,  reka bentul model-model baru kini dilihat lebih ringkas dan simple serta tampak kemas, 

Untuk menjadikan motosikal ini sehebat ini, ia tidak akan lengkap tanpa mempunyai casis yang mantap,ini adalah faktor penting dalam memastikan motosikal sehebat ini mampu menampung tenaga yang dijana dan memastikan motosikal ini mampu dikawal,maka bagi model terbaru inicasis keseluruhan telah direka semula.
Casis lightweight Deltabox baru ini telah direka bentuk untuk membolehkan beratnya dikurangkan tetapi dalam masa yang sama menjadikan ia lebih kukuh.maka dengan faktor tersebut kekuatan dan ketahanan casis ini tidak perlu lagi dipersoalkan. 

Sudah menjadi lumrah pengeluar motosikal cuba mencuri hati bakal-bakal pembeli dengan menambah teknologi-teknologi terbaru untuk meningkatkan prestasi , begitu juga dengan model terbaru keluaran yamaha ini, ia dilengkapi dengan YCC-T dan YCC-I untuk menghasilkan tenaga pada tahap optimum.
model ini juga telah dilengkapi dengan D mode, membolehkan penunggang memilih mode tunggangan bagi memenuhi kehendak dan cara tunggangan seseorang itu.

yamaha nampaknya telah membals kembali serangan dari pada pihak Honda yang telah melancarkan model CBR1000RR tidak lama dahulu dengan model kebanggaan mereka,  dan pasti peminat-peminat yamaha R1 kini kembali tersenyum dengan model terbaru ini.



ABTR 310808 ( MeRDeKA RiDe)

ABTR 310808 ( MeRDeKA RiDe)

Seperti yang telah dijangkakan, minggu ini pasti ramai rider-rider yang akan naik ke Hard Rock Cafe pagi ahad nei, tambahan pula minggu depan dah mula berpuasa, jadi kesempatan ini diambil untuk melempias kegemaran yang entah dimana seronoknya itu.

~bersambung~



Awana Bukit Tinggi Rider 240808















Sekarang nei asyik ade jer kes biker down.. agaknya sume sume dah laju.. sume sume dah tak ingat sempadan.. masingx2 nak tunjuk handal...

entahlah.. sume dah lupa kot prinsip asas.
" buang ego dalam diri, jangan lebih dari batasan"

ride 24082008, aduh. hari nei memang tak best kalu nak cerita, kerap sangat dah kawan-kawan jatuh..boleh kata tetiap minggu ade jer kes jatuh...
keadaan buat aku risau lak. 

ari nei lak. sorang anak murid aku lak jatuh,, hampeh betul.. dah pesan banyak kali.. 1st kena fikir safety.. tak gak dgr. entah apa antu masuk dalam badan dia tah . cam nak lumba lak ari tu
tambahan ade lak budak -budak lain.. masing-masing berlumba-lumba tunjuk sape handal..

aku ari tu memang takle nak push ...
tayar tak mengizinkan aku wat camtu. tambahan lak mesin tak sedap dah.. cam senak semacam
apalagi. aku jadi magsa le.. diorang cantas dan tinggalkan aku, termasuk le anak murid aku sendiri.

berbekalkan tayar michelin superhard compoun yang langsung takle grip tu.. mane mungkin aku dapat kejar diorang yang berbekalkan tayar BT39 super soft .
cuba gak nak kejar.. sbb takle aku layan jer la cam biasa....

sampai kat strait turun bukit  ujung tu ade corner u turn tu aku memang tak mampu nak ikut dah..  nak plak maus.. moto dah masuk big bore.. mane leh aku ikut...
diorang dah laju kat depan aku masih kat strai..
sampai maus kat corner tu aku tgk dia terus slide masuk longkang...

Aku punya mengelabah time tu.. yerla.. dia naik dulu aku yg ajak.. so apax2 aku kena tanggungjawab...
nasib dia ok.. moto teruk gak ..
paling penting rider ok kan.... thanks pada semua yang bantu...

bila tanya balik camner leh jadi.. rupax2mya corner dah lbh limit, terlalu laju dan terpaksa lebih leper, so tayar hilang cengaman sbb dah sampai bucu ...

kesimpulannya, grip mane pun tayar,, jangan leper lebih dari sepatutnya. sbb bukankah setiap sesuatu tu ade batasannya..


Awana Bukit Tinggi Rider 170808



lama juga tak bersukan pagi-pagi ahad kebukit tinggi, sarapan kat hard rock cafe pagi ahad, jumpa kawan-kawan, garu-garu lutut yang gatal.

3 minggu mungkin aku tak naik..., dalam tempoh tu boleh dikata agak kritikal sikit kalau aku naik... maybe kena slow cikit dan lebih hatix2.
tambahan pulak motor tak berapa ok. tak boleh sangat nak push. dont take a risk..
tapi sapa boleh cakap apa-apa kalau aku nak push juga kan.

cuma tersenyum sendiri bila ada yang take care pasal aku.

malam minggu aku cam biasa siapkan semua yg perlu..

Racing suit yang dah usang aku siapkan. check suma padding dan protector, biar esok aku rasa lebih confiden dan selesa.
glove yang dah koyak teruk tu aku cuba lembutkan, dah keras dah pun lama tak pakai. banyak sangat jasa glove tu. berapa kali tapak tangan aku cuma calar kecil sebab dia. kalau tak , tak tahu la. helmet pulak cam biasa.. kilatkan aje.. biar esok nampak kemas cikit. penting untuk aku tahu aku betul-betul ready untuk ride.

Pagi tu bangun awal cikit, baru la terhegehx2 nak cuci moto..
check minyak itam. tekanan tayar... suma boltx2 penting, brek...
so far ok la untuk ride.. ade cikit kureng.. tapi so far ok.

pagi sarapan pagi sikit, takmo kes lama mcm jadi kat mophelius jadi lak kat aku. hahaha. minum segelas air. sementara panas kan moto, pastu pakai boot , glove helmet, doa pada tuhan dan aku gerak ke tempat sering kumpul.
hulu yam.


Part2

lama gak pagi tu tunggu bebrapa org kawanx2 lagi, aku dah naik risau... makan lambat naik.. kereta makin banyak kat atas jalan.. makin panas.. elok untuk tayar .. tapi stamina cepat kurang...
cuma tunggu Where, shahrir, choko dan prash jer lagi.. maybe diorang lewat cikit kot...aku sembang dulu dgn kawanx2.. dah 3 minggu tak jumpa.. happy jumpa diorang,

lasty group where sampai, hari nie diorang naik bukit tinggi. diorang kata nak test aku dgn mat sp. hahahha.. lawak betul diorang nie. lepas diorang rehatx2 jap.. kami baca doa cikit... pastu buat senaman ringan.. ade lak satu group rempiter dok buat havoc.. aduh....

kami gerak terus ke ulu yam kebetulan sekali dengan group capt nik.. ari tu aku dapat peluang main dgn capt bersamx2 piaggio MP3 dia... ader la gak bebrapa rider lain yang sama x2 enjoy ride hari tu....

aku nakal cikit hari tu.. lepas gian yang dah lama sangat aku tahan....
sori sume.. budak nakal tumpang jalan.

hari nie aku test dgn capt ...
dia sporting lak ari nie....
pastu main dgn 2-3 org superbiker.. diorang cam paham lak aku ..diorang tau aku nak fun...
lagi pun kat dam nie antara fev aku... cuma ken hatix2.. kete banyak makan jalan....
lepas dari corner kandang kambing aku dah kat depan...maybe advantage bagi aku.. moto ringan dan senang kawal..
kat ulu yam aku besit selaju mungkin... tapi kena hatix2..
ada group rempit tadi.. ganggu jalan......diorang bawak slow dan blok jalan..bahaya sgt.. sbb tu laluan superbiker.. bahaya..

ride so far ok.... tapi moto aku goyang teruk.. takut kena tanks slaper lak.. tak sure sbb apa.. maybe tayar belakang.......kena slow cikit.. sefety first....

hahha.. kawanx2 slalu cakap aku buat holeshoot.. bukan hole shoot. tapi moto diorang laju.. aku yang kena lari cepat sebelum diorang dapat kejar....






TO BE SAMBUNG