~AwaNa BukIT TinGGi NeW YeaRs SpECial~

2009 Yamaha YZR-M1


Mungkin tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada model baru Yamaha YZR-M1 untuk musim 2009 ini, secara keseluruhannya jentera Yamaha ini sudah sedia bagus, pertama kalinya muncul pada ujian post-race di Valencia tahun lalu, jentera ini menjalani proses penambahbaikkan sebelum bermulanya musim 2009.

Yamaha di anugerahkan sebagai pengeluar terbaik, pelumba terbaik serta pasukan terbaik musim lalu tidak banyak mengubahsuai jentera musim lepas untuk digunakan pada musim ini, Cuma sedikit perubahan kecil dilakukan untuk menambah kecekapan fungsi aerodinamik jentera. kebanyakan pengubahsuaian yang dilakukan adalah pada kemampuan enjin yang melibatkan Valentino Rossi secara langsung.

Selain itu pemetaan pada enjin dan system pengurusan enjin juga dinaik taraf untuk membolehkan pengagihan kuasa dari enjin ke tayar belakang lebih sempurna, membolehkan pelumba mula memecut lebih awal setiap kali keluar dari selekoh.
Dan untuk memantapkan lagi cara tunggangan pelumba, berbagai setup dan pengubahsuaian harus dilakukan, terutama bagi pelumba seperti Jorge Lorenzo yang pada musim 2009 akan menggunakan tayar yang dibekalkan oleh Bridgestone berbanding Michelin pada tahun lepas.

Walaupun permulaan musim telah berlangsung, pastinya jurutera dari Yamaha akan bekerja lebih keras untuk memastikan jentera mereka berdaya saing.


Spesifikasi jentera.

ENJIN: Sejukan cecair, Crankshaft Crossplane, 4 silinder inline, 4 lejang.
KUASA: lebih 200 horsepower (147KW).
KELAJUAN MAK: mencapai 320 km/h.
KOTAK GEAR: Kotak gear jenis kaset 6 kelajuan, dengan nisbah gear alternatif disediakan.
KERANGKA: Delta box aluminium bekembar, Geometri stering, jarak roda, dan ketinggian tunggangan berbagai pengubahsuaian. Lengan ayun Aluminium.
SUSPENSI: Ohlins upside down forks di hadapan dengan penyerap hentak Ohlins dibelakang, dengan ubahsuai untuk pre-load, high-low speed compression dan rebound damping. Penyambung suspensi belakang Alternatif disediakan.
RODA: Marchesini 16.5inci depan, 16.5inci belakang, berbagai bilang saiz lebar disediakan.
TAYAR: Bridgestone, 16.5inci depan, 16.5inci belakang, disediakan dalam jenis slick, intermediate, wet dan hand-cut.
BREK: Brembo, Dua 320mm cakera carbon dengan dua 4 piston caliper di hadapan, 220mm cakera stainless steel dengan 2 piston caliper di belakang.
WEIGHT: 148kg. mengikut spesifikasi ditetapkan FIM

No comments: