~AwaNa BukIT TinGGi NeW YeaRs SpECial~

Showing posts with label MotoGP. Show all posts
Showing posts with label MotoGP. Show all posts

A-Style Motegi MotoGP


Rossi membuktikan bahawa beliau adalah pelumba motosikal terhebat alaf ini apabila secara rasminya ditabalkan sebagai juara motoGp musim 2008,


Untuk kali keenam beliau ditabalkan sebagai juara sedunia bagi perlumbaan paling berprestij itu, dimana beliau juga adalah satu-satunya pelumba yang telah memenangi 4 class berbeza untuk perlumbaan moto gp. dan untuk tahun 2008 lapan ini, secara rasminya beliau telah memenangi 8 kejuaraan, 6 bagi kelas premium itu. bagi kelas paling hebat itu rossi telah merangkul kejuaraan pada 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, kehilangan gelaran juara pada 2006 kepada nicky hayden akibat dari masalah tayar yang tidak mampu diatasi, dan pada tahun 2007 juga belaiu menerima nasib yang sama danegan berbagai masalah menimpa, lebih malang apabila beliau tewas pada casey stoner yang dilihat tika itu sebagai seorang pelumba mentah. dan pada tahun ini, setelah bergelut dengan berbagai kesukaran, beliau merebut semula tahta nya.

Perlumbaan moto gp di motegi ini bolehlah dianggap hebat, apabila pada permulaan perlumbaan yang berlangsung dengan hebat itu  Dani, Casey dan Rossi seakan-akan melekat antara satu sama lain, mereka menunggang dengan begitu pantas sekali, meninggalkan pelumba-pelumba lain dibelakang, 

Rossi kekal dibelakang casey seolah -oleh hendak bermain dengan serangan pisikologi namun Casey yang sudah paham dengan cara Rossi tidak mudah dipermainkan, Casey masih fokus dan berjaya memintas Dani  dihadapan. namun Rossi masih mahu melekat dibelakang Casey, dan sebentar kemudian. mereka meninggalkan Dani dibelakang, mereka berdua masih lagi leka bermain bersama. cuba demi cubaan dibuat, dilihat bukan sekadar mahu berada dikedudukan hadapan, malah jika mampu mahu lawan terkeluar dari saingan,

dibelakang, Dani yang ditinggalkan kini diserang pula oleh Lorenzo, bak seorang wira,Lorenzo yang kali in mencuri perhatian dengan watak kartun LupinIII 'The gantelmen thief' pada motosikalnya menyerang Dani habis-habisan, mencari peluang dan ruang untuk memintas Dani, namun, jelas dapat dilihat jentera Dani yang menggunakan pnumatic valve pada perlumbaan ini dilihatl begitu bertenaga tambahan lagi dengan tayar brigestone yang kini menggantikan michelin, menjadikan Dani seorang saingan yang bukan mudah untuk ditundukkan, pernah satu ketika Lorenzo mendapat peluang, namun Dani lebih dulu bertindak balas , hingga hampir-hampir membuat Lorenzo terjatuh

perlumbaan ini amat menarik, dengan aksi-aksi hebat , mendebarkan dan menghiburkan

memetik katax2 rossi pada sidang media, 
"perlumbaan kali ini seperti satu seni menunggamag dan satu seni untuk memotong, ia begitu hebat"

Astyle Motegi motoGP Result

1- Valentino Rossi -46

2-CAsey Stoner     -27

3-Dani Pedrosa     -26

Indianapolis MotoGP


14 september 2008, bermulanya sejarah baru dalam kamus kejuaraan motoGP apabila selepas 99 tahun kejuaraan penuh prestige itu kembali dibawa ke litar terkemuka ini.
Litar yang terkenal sebelum ini untuk perlumbaan 4 roda seperti indi car, F1 dan Daytona kini menyajikan pula perlumbaan jentera beroda 2.dan detik itu telah berlangsung dengan perbagai drama hebat.

litar ini telah diubahsuai untuk digunakan bagi perlumbaan moto gp, menawarkan corak perlumbaan yang menjanjikan cabaran yang tidak pernah dirasakan oleh kebanyakkan pelumba sebelum ini.

Telah berlangsungnya perlumbaan moto gp semalam dalam keadaan penuh dramatik.
Casey stoner memulakan saingan dengan amat bagus sekali apabila membuat hole shot dan berada pada kedudukan terhadapan, dipintas pleh divianso dan kemudian hayden menguasai perlumbaan namun rossi mengejar dan seperti biasa menyerang hayden dengan serangan pisikologi sehingga beberapa kali hayden telah kehilangan fokus, kesempatan itu diambil oleh rosi untuk memintas hayden,
jentera hayden dilihat amat pantas pada perlumbaan ini, jentera repsol honda ini dilengkapi dengan engin yang menggunakan peumatic valve, kredit harus juga diberikan pada cara tunggangan hayden yang mengalami kecederaan pada pergelangan kaki, beliau dilihat masih menggunakan tongkat untuk memudahkan pergerakan. semangat yang sama ditunjukkan oleh ramai pelumba handalan.. dalam perlumbaan ini dapat dilihat kembali gerakan klasik rossi. cukup menghiburkan.

dibelakang hayden, lorenzo kembali garang selepas mengalami kecederaan serius dahulu.. beliau mengukuhkan kedudukan pada tempat ke3 dalam perlumbaan ini, dan dilihat amat konsisten

perlumbaan ini ditamatkan lebih awal. masih ada 7 pusingan lagi berbaki apa bila red flag dikibarkan, keadaan litar yang sepertinya mahu dilanda ribut itu membahayakan pelumba, tambahan pula hujan turun dengan begitu lebat...

walaupun perlumbaan kali ini tidak menyajikan hidangan aksi-aksi hebat. ia masih memuaskan hati ramai peminat perlumbaan moto GP..

keputusan rasmi podium
1-Velentino Rossi (46)
2- Nicky Hayden ( 69)
3-Jorge Lorenzo  ( 48)