~AwaNa BukIT TinGGi NeW YeaRs SpECial~

MotoGP 2009 Pusingan 1-Losail Qatar


Pusingan pertama MotoGp 2009 akan dilangsungkan di litar Losail,Qatar pada 10-13 mac ini.

perlumbaan pertama yang bakal berlangsung dilitar Losail sepanjang 5.4km pastinya akan menjadi tumpuan setelah tamatnya perlumbaan musim 2008 yang lepas,

para peminat perlumbaan motosikal terulung ini akan dapat menyaksikan perlumbaan hebat bilamana setiap pasukan akan menurunkan jentera-jentera baru, lebih-lebih lagi perlumbaan ini akan berlangsung sebelah malam.dan buat pertama kalinya mereka akan menggunakan tayar yang dibekalkan oleh pembekal yang sama iaitu bridgestone.
____________________________________________________________________________________


~Keputusan Sesi ujian masa Commercialbank Grand Prix of Qatar 2009~
Stoner mengungguli sesi ujian masa, The Doctor hanya ditempat kedua



Selesai sesi ujian masa pada untuk pusingan pertama musim ini, Casey stoner bakal memberikan saingan sengit apabila berjaya mendapat pole position untuk perlumbaan kali ini, dengan kepantasan 1'55.286 saat,mana kala Valentino rossi iaitu juara musim 2008 dari pasukan Fiat yamaha hanya mampu menduduki petak kedua dengan catatan masa 0.473 saat dibelakang stoner.

Casey Stoner yang menggunakan nombor #27 sebagai nombor perlumbaan adalah juara untuk musim 2007,tampaknya akan sekali lagi memberikan saingan hebat untuk cuba menafikan kekuasaan "The Doctor" untuk musim ini. beliau sebelum ini memenangi sebuah kereta tajaan BMW dalam ujian masa rasmi di Qatar.mungkin jentera musim ini akan memberikan kita aksi-aksi hebat seperti musim 2007 dimana "the doctor" iaitu juara 8 kali diberi saingan hebat dari Casey stoner, sehingga menamatkan impian juara dunia itu terus merangkul kedudukan juara, tambahan pula pada perlumbaan musim kedua perlumbaan MotoGp dan tahun pertama bersama pasukan dari itali itu, Casey stoney dilihat sebagai pesaing yang mampu menggetarkan Rossi.

Mana kala itu Jorge Lorenzo iaitu rakan sepasukan Rossi pula berjaya merebut petak permulaan ketiga, walaupun menghadapi sedikit masalah tayar, beliau berjaya sekali lagi membuktikan dirinya bukan calang-calang pelumba, bertukar nombor perlumbaan dari #48 ke #99 pada musim ini, jorge lorenzo adalah Rookie of the years pada musim lepas, beraksi dengan cukup hebat walaupun mengalami kecederaan serius apabila terjatuh di MotoGP China, Lorenzo membuktikan dirinya pelumba sejati, mampu berlumba walaupun kecederaan dihadapi bolehlah dianggap serius.

Rakan pasukan baru casey stoner pula menghadapi ujian getir pada pusingan ini apabila terjatuh pada sesi ujian masa, nick hayden yang berlumba untuk pasukan Repsol honda pada musim depan dan berlumba untuk pasukan Ducati Marlboro Team pada musim ini hanya mampu bermula pada kedudukan ke 16

nasib malang pula menimpa pelumba pertama Repsol honda iaitu Dani Pedrosa , beliau hanya mampu bermula di kedudukan ke 14, satu pencapaian yang tidak mencerminkan kemampuan nya sebagai salah seorang pelumba yang mampu memberi saiangan sengit dalam setiap perlumbaan. berbanding Pedrosa, rakan sepasukannya iaitu Davizioso yang pertama kali berlumba untuk Pasukan Repsol honda menggantikan Nick Hayden sebelum ini berada di kedudukan ke 4, satu pencapaian yang agak hebat dalam pusingan ini.

Suzuki juga dilihat agak kompetatif pada musim ini, apabila Loris capirossi berada di kedudukan ke 5, nampaknya pasukan ini mampu memberi saingan yang hebat kali ini.

sementara itu rakan lama sepasukan Rossi , Colin edward yg menunggang untuk pasukan yang baru mendapat penajaan dari Monster iaitu Monster Yamaha Tech 3 ,iaitu factory team yamaha ini berada di kedudukan ke 6, permulaan yang agak baik dari perlumba yang dikenali sebagai Texas Tornado ini.

Dan Mika Callio yang pertama kali akan berlumba dalam kelas motoGP pada tahun ini berada dalam kedudukan 10 teratas, dengan catatan masa 1.566 beliau berada pada petak ke 10 untuk memulakan perlumbaan.

Dan satu-satunya pasukan yang menggunakan jentera kawasaki iaitu Hayate Racing Team dengan Marco melandri sebagai pelumba tunggal pasukan itu berada dalam kedudukan ke 11 senarai pemulaan.

Nampak nya saingan musim ini tampak menarik.. dan pastinya perlumbaan malam di litar Losail ini akan menyajikan persembahan hebat.ditambah dengan ketetapan bahawa hanya 1 pengeluar tayar yang akan membekalkan tayar perlumbaan, ia pasti akan menjadi amat menarik.

~senarai penuh kedudukan selepas sesi kelayakan.~

1 C. STONER AUS Ducati Marlboro Team 1'55.286
2 V. ROSSI ITA Fiat Yamaha Team + 0.473
3 J. LORENZO SPA Fiat Yamaha Team + 0.497
4 A. DOVIZIOSO ITA Repsol Honda Team + 0.691
5 L. CAPIROSSI ITA Rizla Suzuki MotoGP + 0.863
6 C. EDWARDS USA Monster Yamaha Tech 3 + 0.908
7 R. DE PUNIET FRA LCR Honda MotoGP + 1.072
8 C. VERMEULEN AUS Rizla Suzuki MotoGP + 1.207
9 A. DE ANGELIS RSM San Carlo Honda Gresini + 1.504
10 M. KALLIO FIN Pramac Racing + 1.566
11 M. MELANDRI ITA Hayate Racing Team + 1.676
12 T. ELIAS SPA San Carlo Honda Gresini + 1.939
13 J. TOSELAND GBR Monster Yamaha Tech 3 + 2.224
14 D. PEDROSA SPA Repsol Honda Team + 2.443
15 S. GIBERNAU SPA Grupo Francisco Hernando + 2.613
16 N. HAYDEN USA Ducati Marlboro Team + 2.929
17 Y. TAKAHASHI JPN Scot Racing Team MotoGP + 3.498
18 N. CANEPA ITA Pramac Racing + 3.713
_____________________________________________________________________________________

~Review perlumbaan Commercialbank Grand Prix of Qatar 2009~


Kelas 125 cc
Perlumbaan malam 4 Pusingan


Perlumbaan pembuka tirai untuk kelas 125cc di litar ini mungkin mencipta sejarah sebagai perlumbaan paling singkat pernah dilangsungkan.
perlumbaan yang berlangsung terencat apabila hujan mula turun semasa mereka memasuki pusingan ke empat, memaksa bendera merah dikibarkan oleh marshal perlumbaan,

perlumbaan yang dijangka menarik ini menjadi amat merbahaya untuk diteruskan, memandangkan perlumbaan dijalankan diwaktu malam, hujan lebat dikhuatiri akan menyebabkan banyak kemalangan, ini kerana tahap penglihatan pelumba akan menjadi amat singkat, dan cahaya dari lampu yang tepantul ke permukaan jalan yang basah hanya akan memburukkan kemampuan penglihatan pelumba.

Perlumbaan dimenangi oleh Andrea Iannone dari pasukan Ongetta Team I.S.P.A., Pelumba yang memakai nombor #29 ini memulakan saingan di petak ke3 sebelum berjaya memintas Julián Simón dari pasukan Bancaja Aspar’s untuk merangkul tempat pertama mengikut kiraan kedudukan dalam pusingan terakhir sebelum red flag. bagaimana pun Julián Simón terjatuh selepas bendera dikibarkan ,namun dikekalkan di posisi kedua pemenang perlumbaan.

Sandro Cortese dari pasukan Ajo Interwetten yang menunggang jentera derbi menduduki tempat ke3 untuk melengkapi kedudukan podium, penunggang pasukan Derbi Racing Team’s Pol Espargaró dan Bradley Smith yang menunggang untuk Bancaja Aspar’s berada di kedudukan 4 dan 5.

Namun malang menimpa Marc Márquez dari pasukan Red Bull KTM Motosport apabila mengalami kemalangan semasa berada di kedudukan kelima sejurus sebelum red flag dikibarkan.

dengan hanya perlumbaan berlangsung sepanjang 4 pusingan kerana keadaan cuaca yang mengganggu tahap penglihatan,ianya dijangka lebih menarik dengan aksi mendebarkan jika dapat dilangsungkan mengikut perancangan awal.
____________________________________________________________________________________

Kelas 250 cc
~Sedang kemaskini~
____________________________________________________________________________________

Kelas MotoGP
~Perlumbaan dibatalkan oleh kerana keadaan hujan~


Ketika para pelumba berada di garis permulaan dan menunggu perlumbaan berlangsung, hujan yang turun lebih dahulu menamatkan persaingan sebelum ia bermula.
dan perlumbaan akhirnya dibatalkan atas alasan keselamatan,
cahaya dari lampu limpah membuatkan permukaan litar silau dan tahap penglijatan kita hujan dalam perlumbaan malam akan kurang.

dan perlumbaan dibatalkan serta merta, membuat ramai penonton hampa, namun atas pertimbangan ia mungkin akan diadakan semual pada esoknya. atau mungkin juga akan kembali dilangsungkan ke Qatar pada bulan september untuk menggantikan Hungarian Grand Prix yang dijangkakan tidak akan dibuat.

mungkin dengan peristiwa ini, sesuatu harus difikirkan untuk membolehkan perrlumbaan malam dijalankan , jika jadual perlumbaan sebelah malam masih mahu dikekalkan.
____________________________________________________________________________________
Perlumbaan Semula MotoGP
~Perlumbaan bersejarah MotoGP pertama Pada Isnin~


Casey stoner dari pasukan Ducati Marlboro mendominasi petak permulaan kali ini, beliau mencatatkan masa terpantas 1’55.286 saat dalam sesi ujian masa. Sementara itu “The Doctor” hanya berada di petak ke2 lewat 0.473 saat dibelakang Casey Stoner dan rakan sepasukan “the Doctor” iaitu Jorge Lorenzo berada di petak ke3 bagi melengkapkan barisan hadapan.

Banyak kejutan sebenarnya dalam perlumbaan pembuka tirai ini, pelumba baru pasukan Paramac Racing iaitu Mika Kallio yang beralih ke kelas MotoGP pada musim ini dari kelas 250cc musim lalu berada diposisi ke 10 kotak permulaan, namun pelumba - pelumba hebat seperti Dani Pedrosa hanya bermula di petak ke 14 manakala rakan sepasukan baru Casey stoner iaitu Nickey Hayden hanya mampu bermula dari kedudukan 16, bukan sesuatu yang dikira baik kerana dua pelumba ini bolehlah dianggap antara pelumba hebat dalam setiap perlumbaan.

Bermulanya perlumbaan 22 pusingan ini, Casey Stoner yang mendapat Pole Position bermula hebat diawal perlumbaan, Penunggang yang sudah sinonim dengan jentera Ducati itu terus memecut mendahului perlumbaan, namun pelumba veteran dari pasukan Rizla Suzuki iaitu Loris Capirosi tampak lebih hebat apabila mampu mengekori Stoner walaupun bermula dari petak ke5 baris kedua posisi permulaan, satu permulaan dan amaran yang hebat dari pasukan yang dilihat agak kompetatif pada tahun ini.

Dua pelumba dari pasukan Fiat Yamaha iaitu Valentino Rossi atau “The Doctor” dan Jorge Lorenzo yang kini menggunakan nombor perlumbaan#99, masing-masing dalam kedudukan ke 3 dan ke 4 dan mereka bersaing sesama sendiri dengan cukup kemas tetapi membuat penonton perlumbaan teruja, Lorenzo yang dianugerahkan gelaran “Rookie Of The Years pada kejuaraan musim lepas, mempamerkan persembahan hebat bila berjaya memintas juara 8 kali itu, namun Rossi tampak lebih hebat kerana berjaya merebut kembali kedudukannya tidak lama selepas itu.

Pelumba muda yang pertama kali beraksi untuk pasukan Repsol Honda menggantikan Nickey Hayden iaitu Davizioso berada di kedudukan ke5 dan Vermeulen melengkapkan tempat ke 6 selesai pusingan pertama dari 22 pusingan ini.

Malang menimpa satu-satunya pelumba yang menggunakan jentera Kawasaki berlumba untuk pasukan Hayate racing tahun ini iaitu Marco Melandri yang bermula hebat pada pusingan pertama ini, beliau terbabas di selekoh pertama lap pusingan 2, selepas dapat memintas Randy De Puniet untuk berada di kedudukan ke 7, sesuatu yang hebat bagi pasukan baru, dan membuktikan beliau masih seorang pelumba yang hebat, namun Melandri berjaya meneruskan perlumbaan walaupun berada dibelakang sekali.

Persaingan diteruskan lebih hebat kali ini, pelumba pasukan Fiat Yamaha, Lorenzo dipintas oleh penunggang Repsol Honda iaitu Davizioso dan Rossi pula memintas Capirossi hampir dalam waktu yang sama. Kini kedudukan di tempat ke2 hingga ke 5 bertukar tangan. Sementara Casey stoner meninggalkan kelompok tersebut jauh dibelakang.

Masuk Lap ke 4 Vermeulen dan Colin Edward yang diberi gelaran Texas Tornado bersaing untuk merebut tempat ke 6 di ikuti oleh pelumba senior pasukan Repsol Honda iaitu Dani Pedrosa. Sementara di hadapan pula Rossi mengejar Stoner yang dilihat selesa dengan gap masa lebih kurang 2 saat lebih.

Persaingan kini lebih tertumpu kepada Davizioso dan Lorenzo dalam merebut tempat ke3, persaingan amat sengit sekali dan amat sukar untuk Lorenzo memintas Davizioso, namun masuk pusingan ke 7 akhirnya Lorenzo berjaya memintas Davizioso apabila membrek agak lewat untuk memasuki selekoh pertama litar Losail selepas bersaing pada laluan lurus sejauh 1068 meter itu.
Malang pula menimpa James Toseland dari pasukan Monster Yamaha tech3 apabila terbabas di tempat sama yang merencatkan persembahan baik Melandri diawal persaingan, dan lebih malang apabila Loris Capirossi apabila terjatuh dengan hanya 15 pusingan berbaki, melaburkan harapan veteran dari itali itu untuk mengutip mata perlumbaan pada pusingan pertama ini dan menangguhkan sekali lagi peluang kemenangan Podium ke 100 sepanjang karier MotoGP nya. Lantas memberi laluan untuk Colin Edward berada diposisi ke 5 buat masa ini.

Dan berada di posisi paling hadapan, Stoner masih mendahului perlumbaan dengan gap 1.987 antara beliau dan pencabarnya terdekatnya , “The Doctor”, ketika ini Rossi dilihat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menidakkan kemenangan pelumba warga Australia itu. tambahan pula ketika ini Stoner dilihat sedikit keletihan setelah diasak oleh Rossi.

Pusingan ke10 perlumbaan menyaksikan nasib malang Dani Pedrosa apabila dipintas oleh Vermeulen sebelum pelanggaran kecil antara Pedrosa dan De Angelis hampir membuat Pedrosa terjatuh, namun beliau berjaya mengawal jenteranya, tetapi kini Pedrosa berada pada kedudukan ke8 diikuti pelumba rookie Mika Kallio dibelakangnya. Namun tidak lama selepas itu sekali lagi malang untuk Dani Pedrosa apabila dipintas oleh Mika Kallio yang menunggang untuk Paramac racing itu.

11 pusingan telah berakhir dan Rossi kini dilihat semakin sukar untuk memintas Stoner, jarak antara mereka kini sejauh 3.348 saat dan dibelakang persaingan sengit bermula antara Colin Edward dan Davizioso untuk merebut tempat ke4, namun 2 selekoh sebelum laluan lurus litar Losail itu, Pelumba veteran tersebut berjaya memintas Davizioso.

Adalah sesuatu yang hebat bila menyaksikan semula 3 jentera Yamaha kini berada di kedudukan 2, 3 dan 4, dengan perlumbaan berbaki 8 pusingan dan jika sesuatu menghalang Stoner menamatkan perlumbaan mungkinkah keputusan seperti tamat perlumbaan Alice Grand Prix de France di litar Le-mans tahun 2008 sekali lagi akan terjadi apabila tiga pelumba jentera Yamaha iaitu Rossi bersama rakan pasukannya Lorenzo serta bekas rakan pasukannya Colin Edward sama – sama berada di atas podium berpestakan kemenangan untuk Yamaha.

Hampir tamat perlumbaan yang disertai oleh 6 jentera Honda ,5 jentera Ducati, 4 Yamaha ,2 Suzuki dan 1 Kawasaki ini Stoner dilihat semakin berjaya menjarakkan diri lebih jauh di hadapan, Rossi kini dilihat semakin tidak mampu menandingi kepantasan jentera Itali serta ketangkasan pelumba muda yang pernah menjadi juara musim 2007 itu. Rossi dilihat lebih selesa untuk bertahan di kedudukan ke 2 untuk memungut 20mata perlumbaan, pelumba lain seperti Lorenzo dan Colin Edward juga tampak selesa untuk mengekalkan kedudukan sehingga tamat perlumbaan tanpa mengambil sebarang risiko yang mungkin menyebabkan mereka terjatuh.

Tanpa sebarang masalah akhirnya Casey Stoner dari pasukan Ducati Marlboro melintasi garis penamat setelah perlumbaan berlangsung lebih kurang 43 minit, 7.771 saat dibelakangnya Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo dari Pasukan Fiat Yamaha di tempat ke 2 dan 3 untuk melengkapi kedudukan podium,

Colin Edwards dari Monster Yamaha Tech3 di kedudukan ke4 diikuti oleh Andrea Davizioso dan Alex de Angelis yang menunggang Jentera Honda. Chris Vermeulen di tempat ke 7 dengan Jentera Suzuki bernombor # 7 diikuti rapat pelumba rookie yang menunggang dalam kelas 250cc tahun lepas iaitu Mika Kallio, Toni Elias pula di tempat ke 9 dan Randy De Puniet di kedudukan akhir dalam kelompok 10 teratas.

Nasib agak malang bagi Dani Pedrosa pada perlumbaan ini bila hanya berjaya berada di kedudukan ke 11 meninggalkan bekas rakan sepasukan musim lalu Nickey Hayden di tempat ke 12. Pelumba Veteran Sate Gibernau yang kembali berlumba dalam kelas MotoGP tahun ini untuk menunggang Jentera Ducati pasukan Grupo Francisco Hernandos dengan nombor #59 hanya mampu berada di kedudukan ke 13, Marco Melandri pula berjaya berada di tempat ke 14 selesai tamat perlumbaan setelah terbabas pada lap ke 2 diawal saingan, Sementara itu Yuki Takahashi yang membuat kemunculan sulungnya pada tahun ini berjaya mengumpul 1 mata dalam perlumbaan ini.

James Toseland dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 pula di kedudukan ke 15 dan Niccolo Canepa dari Paramac Racing pula menamatkan perlumbaan di kedudukan 17.
Loris Capirosi Yang menunggang Jentera Suzuki dengan nombor #65 yang bermula cemerlang pada awal perlumbaan tidak dapat menghabiskan perlumbaan setelah terjatuh pada pusingan ke 7.

Persaingan yang lewat lebih kurang 22 jam dari apa yang dijadualkan ini melakar sejarah bila pertama kali dalam sejarah MotoGP apabila dilangsungkan pada hari isnin, Casey Stoner pula melakar sejarah bila menjuarai perlumbaan ini, sebagai pelumba pertama yang memenangi perlumbaan MotoGP pada hari isnin, dengan persembahan menarik memberi amaran awal akan kebangkitannya.

Pasukan lain seperti Monster tech 3 Yamaha dan Rizla Suzuki juga dilihat mampu memberi saingan hebat musim ini, manakala pelumba seperti Marco Melandri pasti memberi persembahan hebat apabila diberi peluang untuk terus berlumba dalam kejohanan MotoGP, Mika Kallio juga tampak garang selaku pendatang baru dalam persaingan ini, namun Dani Pedrosa dan Nicky Hayden harus melakukan sesuatu untuk kekal menjadi pesaing hebat perlumbaan ini, bagaimana pula dengan Sate Gibernau yang kembali berlumba , adakah beliau akan kembali menjadi pesaing Rossi?

Persaingan masih terlalu awal, Lorenzo juga masih belum menunjukkan taring sebenar, walaupun dengan sedikit runggutan tidak selesa dengan compound tayar sedikit keras ini pun masih membolehkan beliau menjejakkan kaki ke podium, bagaimana nanti bila Lorenzo telah mula mendapat rentaknya?

Sama-sama kita tunggu 26 April 2009 untuk perlumbaan Polini Grand Prix of Japan di Twin Ring Motegi, Japan. Pastinya selepas perlumbaan pertama ini, setiap pasukan akan berkerja lebih keras untuk mempertingkatkan saingan.

Petronas taja pasukan Fiat Yamaha




Petronas, kini adalah sebahagian dari penaja terpenting untuk pasukan Fiat Yamaha team, ini adalah hasil kerjasama yang ditandatangani untuk tempoh 3 tahun bermula 2009 antara Syarikat carigali minyak dan gas milik Malaysia itu dan Yamaha motor co.ltd

Pasukan ini akan membawa jenama Petronas pada jentera yang digunakan oleh pelumba dari pasukan yang disegani itu, juga pada barangan dan kelengkapan lain.

Selain itu, melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak iaitu Petronas dan Yamaha motor co.ltd akan menjadi rakan kerjasama dalam semua aktiviti sukan pemotoran untuk tempoh sekurang-kurangnya 8 tahun. Ini diharap akan menaikkan lagi sukan bermotor di rantau ini,

Melalui kerjasama ini juga, Petronas akan bertanggungjwab untuk membangunkan dan mengeluarkan minyak pelincir atas jenama Yamalube sebagai minyak pelincir OEM motosikal jenama Yamaha.

Bagi Petronas langkah menaja pasukan ini dilihat sebagai strategi jangka masa panjang untuk mengukuhkan jenama mereka sebagai pengeluar minyak ternama.

Pasukan Fiat Yamaha akan pertama kali memaparkan jenama petronas pada jentera mereka di Qatar untuk pusingan pertama kejuaraan motoGp 2009

2009 Yamaha YZR-M1


Mungkin tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada model baru Yamaha YZR-M1 untuk musim 2009 ini, secara keseluruhannya jentera Yamaha ini sudah sedia bagus, pertama kalinya muncul pada ujian post-race di Valencia tahun lalu, jentera ini menjalani proses penambahbaikkan sebelum bermulanya musim 2009.

Yamaha di anugerahkan sebagai pengeluar terbaik, pelumba terbaik serta pasukan terbaik musim lalu tidak banyak mengubahsuai jentera musim lepas untuk digunakan pada musim ini, Cuma sedikit perubahan kecil dilakukan untuk menambah kecekapan fungsi aerodinamik jentera. kebanyakan pengubahsuaian yang dilakukan adalah pada kemampuan enjin yang melibatkan Valentino Rossi secara langsung.

Selain itu pemetaan pada enjin dan system pengurusan enjin juga dinaik taraf untuk membolehkan pengagihan kuasa dari enjin ke tayar belakang lebih sempurna, membolehkan pelumba mula memecut lebih awal setiap kali keluar dari selekoh.
Dan untuk memantapkan lagi cara tunggangan pelumba, berbagai setup dan pengubahsuaian harus dilakukan, terutama bagi pelumba seperti Jorge Lorenzo yang pada musim 2009 akan menggunakan tayar yang dibekalkan oleh Bridgestone berbanding Michelin pada tahun lepas.

Walaupun permulaan musim telah berlangsung, pastinya jurutera dari Yamaha akan bekerja lebih keras untuk memastikan jentera mereka berdaya saing.


Spesifikasi jentera.

ENJIN: Sejukan cecair, Crankshaft Crossplane, 4 silinder inline, 4 lejang.
KUASA: lebih 200 horsepower (147KW).
KELAJUAN MAK: mencapai 320 km/h.
KOTAK GEAR: Kotak gear jenis kaset 6 kelajuan, dengan nisbah gear alternatif disediakan.
KERANGKA: Delta box aluminium bekembar, Geometri stering, jarak roda, dan ketinggian tunggangan berbagai pengubahsuaian. Lengan ayun Aluminium.
SUSPENSI: Ohlins upside down forks di hadapan dengan penyerap hentak Ohlins dibelakang, dengan ubahsuai untuk pre-load, high-low speed compression dan rebound damping. Penyambung suspensi belakang Alternatif disediakan.
RODA: Marchesini 16.5inci depan, 16.5inci belakang, berbagai bilang saiz lebar disediakan.
TAYAR: Bridgestone, 16.5inci depan, 16.5inci belakang, disediakan dalam jenis slick, intermediate, wet dan hand-cut.
BREK: Brembo, Dua 320mm cakera carbon dengan dua 4 piston caliper di hadapan, 220mm cakera stainless steel dengan 2 piston caliper di belakang.
WEIGHT: 148kg. mengikut spesifikasi ditetapkan FIM

Awana Ride 11-01-2009 ( reunion tak sengaja )


Ride 11-01-2009 actuly tak plan pun.. memang memula takmo pegi...., tapi sbb sorang kawan nei dok sibuk call dan pujuk.. tambahan lak lama tak jumpa.. so takmo hampakan join gak le....

plan memang nak ikut route ulu yam... rindu sgt route tu.... antara fev aku .. tapi malangnya.. JPJ dok sibuk kerja ari tu.... nak wat camner.. so ramai le yg berpatah balik.. superbike banyak ikut highway.. aku dgn apek pula jumpa  mat, Chiko dan padil kat shell sblm masuk highway.. kami pilih route gombak lama. so far aritu nyer ride kat c2 best.,,,, cuma moto lo power cikit.. confident ok la...

sampai kat petronas.. tak lama lps tu group satu lagi sampai.. kali nei memang bebetul cam reunion happy sgt sbb jumpa ramai kawan lama.. jumpa gak memember masa join club dulu.. dan paling penting kali nei aku tak tau nape happy sgt ...tambahan lak aku memang dah lama sgt cuti.. so diorang sibuk wat penguguman aku nyer come back. ahaha... actuly lps nei aku akan cuti lagi kot... 

aku dan beberapa org rider naik awana lps tu... tak lengkap kalu tak lepak awana ...kena gak campur org kan... memang aku lepas geram... level of confident pun ok time tu.. moto jer prob.. aku tak tau nape enjin cam lemas jer.. cume aku memang takle beat apek.. dia pakai superkips.. mane aku leh kejor...

turun pun sama... aku memang lepas gian.. tapi kena lagi dgn apek.

naik bukit tinggi.. memang aku susah nak kejor wadi .. moto dia memang laju... lagi pun.. gilax2 kena rasional la kan.. wat pe bahayakan diri... than kami turun ikut jalan lama... dgn keadaan moto aku.. memang seboleh nyer aku nak avoid jalan tu.. braking.. suspension dan tayar aku cukup membataskan aku untuk push kat c2.. tambahan pulak padil hampir overshot bebetul depan aku.. tapi Alhamdullilah semua ok.....

kami berkumpul balik kat genting sepah... noone masih kat atas .. tunggu cham scooterprix.. jelan yang  tersesat dari kkb ke bukit tinggi ari tu.. 

dan kehadiran dia kat genting sepah wat suasana ceria....

kami akhiri ride aritu dengan menyusuri kembali laluan gombak lama... apa yang penting adalah kami semua selamat.. walaupun chiko tersalah laluan sampai masuk ke longkang.. yang penting dia selamat...

rehat sebentar kat tol gombak.. berbual dan bergurau... kami akhirnya pulang ke distinasi masingx2 dengan penuh ceria.

Buah tangan dari kamera  ketuak kampung batu 12 krew